Sambutan Hari Terbuka & Taklimat Pembelajaran secara Digital

16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan Sambutan Hari Terbuka pada 15 Ogos 2015 bersamaan hari Sabtu. Program ini berjalan dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat serta memberi pendedahan mengenai program-program dan perkhidmatan yang disediakan untuk komuniti setempat serta pihak Maxis memberi taklimat tentang pembelajaran secara digital kepada ibubapa dan pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Program ini disertai oleh komuniti Kg Semuba, ibubapa pelajar serta pelajar Sekolah rendah dan Sekolah Menegah berdekatan. Dengan adanya program seperti ini, penduduk dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Di samping itu juga ibubapa dapat memberi kepercayaan kepada Pusat Internet 1 Malaysia untuk melepaskan anak mereka untuk datang ke sini untuk aktiviti pembelajaran.

Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah:
- Taklimat Pengenalan PI
Pengunjung diberi Taklimat Pengenalan PI oleh Pengurus PI tentang program-program yang disediakan di PI dan latihan ICT serta perkhidmatan yang disediakan untuk komuniti setempat.

-Klik Dengan Bijak
Pengurus PI memberi penerangan lengkap mengenai video Berkongsi Secara Berlebihan dan Penipuan Internet.

-Pendaftaran Ahli Secara Percuma
Sempena Hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia, pihak kami berbesar hati untuk membuat pendaftaran secara percuma kepada pengunjung sebagai tanda terima kasih dan pengunjung dapat datang ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

-Pendaftaran Pembelajaran Digital
Memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 untuk menghadiri kelas pembelajaran secara digital yang bakal diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia.

-Penyampaian Hadiah
Penyampaian hadiah kepada pengunjung untuk cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas